Dalam dunia hari ini, kita hidup dalam suasana yang penuh cabaran. Harga barang naik, kos sara hidup meningkat, tekanan ekonomi semakin terasa. Namun, kita tetap perlu meneruskan kehidupan yang dikurniakan tuhan. Rezeki yang dikurniakan tetap perlu diurus dengan sebaiknya. Sedikit atau banyak kewangan yang kita miliki, perlu kita urus dengan bijak.
Salah satu cara mengurus kewangan yang paling berkesan adalah dengan berjimat cermat.
Berjimat adalah seni mengurus diri, seni mengawal kehendak, seni membina tabiat, dan seni menjaga kestabilan hidup.
Tetapi bukan senang untuk kita laksanakan. Ia adalah suatu hal di mana kita terpaksa menahan diri dan mengawal emosi dari berbelanja. Apatah lagi dunia di sekeliling kita sedang bergerak pantas seolah-olah akan meninggalkan kita. Kita berjuang untuk mencukupkan yang asas. Lebihannya ingin juga kita gunakan untuk diri yang selama ini lelah bertungkus lumus. Sekali belanja, makin bertambah keinginan kita.
Begitulah cabaran yang sering kita hadapi dalam melaksanakan penjimatan.
Bagi mereka yang memiliki aset mencukupi dan berlebihan di mata kita, sebenarnya tidak juga lari dari perlu berjimat. Ya, mungkin ada di antaranya yang kelihatan bermewah-mewah, dan mungkin ada yang sememangnya mewah dengan kadar masing- masing yang ditentukan tuhan.
Tetapi itu itu bukan urusan kita untuk difikirkan.
Apa yang perlu kita lakukan adalah demi kehidupan yang kita jalani. Jika kita dikurniakan kemewahan tersebut, maka bersyukurlah dan taatilah perintah tuhan agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.
Jika sebaliknya pula, misalnya kita berada pada keadaan yang masih terumbang-ambing, ingatlah, pasti ada jalannya asalkan kita berusaha.
Ramai orang melihat berjimat sebagai sesuatu yang memenatkan, tetapi ia boleh berlaku secara bawah sedar — melalui rutin kecil yang kita lakukan setiap hari. Rutin ini, bila diamalkan secara konsisten, akan membentuk tabiat yang kuat dan akhirnya menjadi gaya hidup.
Penulisan pada kali ini menghimpunkan senarai rutin, kebiasaan dan tabiat yang membolehkan kita melakukan penjimatan secara bawah sedar. Setiap tindakan yang dilaksanakan boleh bertindak sebagai serampang dua mata yang membuatkan kita berjimat dalam keadaan kurang tekanan. Juga boleh berlaku sebaliknya di mana kita bertindak untuk berjimat, sekaligus mendatangkan manfaat lain yang saling berkait rapat dengan kehidupan positif yang kita idamkan.
1. Jangan kerap keluar rumah.
Setiap kali kita keluar rumah, kita membuka pintu kepada perbelanjaan kecil yang tidak dirancang. Kadang- kadang kita keluar kerana bosan, bukan kerana perlu. Kita keluar untuk “cuci mata”, tetapi akhirnya kita membeli sesuatu yang tidak penting.
Dengan mengurangkan kekerapan keluar :
- kita mengurangkan kos minyak
- kita mengurangkan kos makan luar
- kita mengurangkan kos kecil yang tidak disedari.
- kita mengurangkan godaan membeli barang yang tidak perlu.
Sebaiknya, banyakkan aktiviti di rumah :
- kemas rumah
- memasak bercucuk tanam
- menyusun barang
- membaca
- membuat perancangan masa depan
Rumah yang hidup dengan aktiviti produktif akan mengurangkan keinginan untuk keluar tanpa tujuan.
2. Cuci kenderaan sendiri
Cuci di luar memang cepat, senang tidak memenatkan. Nampak seperti menjimatkan masa dan tenaga. Jika kita buat servis seperti memandu e- hailing misalnya, kita perlu menghantar penumpang ke destinasi. Kita perlu menjaga kenderaan supaya bersih, maka itu soal lain — ada pulangannya. Tenaga dan masa perlu difokuskan untuk tujuan tersebut.
Tetapi, dalam konteks berjimat, lebih baik cuci di rumah.
Kelebihan :
- menjimatkan RM10-RM15 setiap cucian
- membasmi rasa malas
- membina disiplin
- memanfaatkan masa
- menjaga kenderaan dengan lebih teliti
Cuci sendiri juga memberi kepuasan kerana kita menjaga harta dengan tangan sendiri.
3. Pergi pasar besar atau borong
Membeli bahan mentah secara pukal adalah antara tabiat penjimatan paling berkesan.
Kelebihan :
- harga lebih murah
- jimat masa
- jimat minyak
- jimat tenaga
- mengurangkan kekerapan keluar
- mengurangkan godaan membeli barang lain
Setiap kali kita keluar membeli secara runcit, kos meningkat. Pembelian pukal mengurangkan pembaziran dan memudahkan perancangan makanan.
4. Kurangkan media sosial dan platform e- commerce
Media sosial dan e‑commerce direka untuk membuat kita terus scroll dan terus membeli. Ia bukan sekadar hiburan — ia adalah perangkap psikologi.
Jika ada masa terluang:
- limitkan
- berhenti cepat
- gantikan dengan membaca buku atau artikel
- buat perancangan masa depan
- buat research
- beribadat
Tabiat ini bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga menjaga jiwa dan fokus hidup.
5. Limitkan perbelanjaan bulanan
Pada mulanya memang perit. Tahan hati selama sebulan sehingga income seterusnya masuk.
Bagi yang berniaga atau bekerja sendiri:
- mental lebih kuat
- income boleh masuk bila-bila masa
- lebih fleksibel
Bagi yang makan gaji bulanan :
- perlu lebih tekad
- jika negatif perbelanjaan bulan ini, ia akan terbawa ke bulan seterusnya
- kuatkan semangat
- tawakkal
- laksanakan tindakan dengan disiplin
Berjimat bukan sekadar tahan nafsu membeli — ia adalah latihan mental.
6. Gunakan motosikal
Penjimatan lebih 50%.
Minyak kereta: RM35–RM40 seminggu
Minyak motosikal: RM10–RM12 sahaja
Maintenance motosikal juga jauh lebih murah.
Ini antara tabiat penjimatan paling besar dan paling ketara.
7. Jangan terpengaruh dengan diskaun
Diskaun adalah pancing psikologi.
Melihat diskaun terlalu kerap membuka ruang baharu dalam hati:
- kita mula “terasa perlu” membeli
- kita terbeli benda yang tidak perlu
- kita lari daripada senarai sebenar
Diskaun bukan selalu bermakna jimat — kadang‑kadang ia perangkap yang membuat kita berbelanja lebih.
8. Tahan hati sehingga promosi yang kita jangka
Berbeza dengan point sebelumnya, kali ini kita memang merancang untuk membeli sesuatu. Jika kita tahu promosi itu datang secara bermusim :
- tunggu
- sabar
- rancang
- beli pada waktu yang tepat
Perit pada mulanya, tetapi kepuasan datang bila kita berjaya dapatkan harga terbaik.
9. Manfaatkan masa sebaiknya
Dalam konteks penjimatan, masa boleh digunakan untuk:
- berkebun
- memasak
- menyelenggara rumah
- mencuci kenderaan
- mengemas
- mesin rumput
- kerja rumah kecil
Semua ini menjimatkan wang dan membina disiplin.
10. Bawa bekal ke tempat kerja
Jika kita selalu memasak, apa salahnya masak untuk diri sendiri dan keluarga?
Kelebihan:
- lebih sihat
- lebih jimat
- lebih terkawal
- lebih konsisten
Bekal adalah tabiat kecil yang memberi kesan besar.
11. Jaga kesihatan
Kesihatan yang baik mengawal tabiat makan. Bila makan di luar:
- kongsi air manis
- pesan air kosong
- elakkan pembaziran air manis yang tidak habis
Perbelanjaan terkawal ini membawa kepada kesihatan yang baik.
12. Kurangkan Pembaziran
Pembaziran adalah musuh senyap dalam kehidupan. Ia berlaku bukan saja kerana kita boros, tetapi juga kerana kita tidak sedar. Pembaziran kecil yang kita anggap remeh sebenarnya berkumpul menjadi jumlah yang besar.
Sama ada kita sedar atau tidak, kita sering membazir disebabkan tabiat buruk kita.
Kita buang botol syampu, sabun, ubat gigi, pencuci muka cecair pencuci pinggan dan baju yang masih berbaki.
Cuba kita terbalikkan botol-botol tersebut bagi menakung atau menahan baki cecair tersebut, kita akan mendapati baki tersebut boleh digunakan lagi beberapa hari. Malah boleh mencapai 1-2 minggu.
Awasi setiap gerak geri :
- habiskan makanan
- pesan ikut kemampuan
- perlahankan air ketika cuci tangan
- tutup air ketika gosok gigi
- jimatkan tisu, plastik, kertas
- habiskan segala jenis sabun dengan betul
Tabiat ini membina disiplin dan mengurangkan kos bulanan
13. Guna keperluan mandi dengan betul
Ramai tidak sedar :
- ubat gigi hanya perlu 1/3 hujung berus untuk digunakan
- syampu sedikit sudah cukup
- sabun tidak perlu banyak
- pencuci muka tidak perlu banyak
Ajar anak-anak supaya tidak membazir. Anak-anak yang belum memahami sering meletakkan ubat gigi sepanjang berus gigi. Akhirnya, ada yang jatuh ke lantai. Begitu juga dengan barangan keperluan lain. Kebanyakannya berlaku pembaziran tanpa sedar.
Maka, haruslah kita juga mencegahnya dengan seni berjimat bawah sedar. Mengurangkan tekanan.
Ini dapat menggandakan penjimatan.
14. Peka denagn peralatan elektrik
Offkan suis dan cabut plug jika tidak digunakan. Walaupun kecil, ia tetap mengalirkan tenaga tanpa kita sedar.
Tabiat ini menjimatkan bil elektrik dan menjaga keselamatan.
15. Hentikan langganan yang jarang digunakan
Langganan bulanan juga boleh dikatakan “pembaziran senyap”. Kita tidak sedar kerana jumlahnya kecil — RM5, RM10, RM20 — tetapi bila dicampur, ia menjadi besar.
Contoh langganan :
- langganan aplikasi
- langganan hiburan
- pakej telco
Tidak salah melanggan. Tapi, pilihlah yang terbaik dan paling jimat. Hentikan langganan yang tidak perlu adalah digalakkan.
16. Bercucuk tanam
Bercucuk tanam atau berkebun sangat baik untuk kita. Ia hobi yang sihat — mengajar erti sabar dan tawakkal.
Niche yang boleh mengembangkan minda. Untuk ini, kita tidak perlukan ruang yang besar. Wujudkan suatu ruang atau sudut kebun kecil atau kebun mini di rumah.
Tanam sesuatu yang berguna :
- bayam
- cili
- daun bawang
- bendi
- serai
- ulam
- kunyit
- pandan
- kesum
Semua ini boleh menjimatkan dan tidak makan terlalu banyak ruang. Cuma perlukan tempat yang ada cahaya matahari. Petik saja di rumah, boleh menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Kesimpulan :
Berjimat bukan sekadar mengurangkan perbelanjaan. Berjimat ialah seni membina tabiat, seni mengurus masa, seni mengawal kehendak dan seni menjaga kehidupan.
Rutin kecil yang kita lakukan setiap hari boleh menjadi penjimatan besar dalam jangka masa panjang.
Dan lebih penting, ia membina :
- disiplin
- ketenangan
- kesedaran diri
- kehidupan yang lebih stabil
Inilah seni berjimat bawah sedar — tabiat yang tidak terasa berat, tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan.
Namun harus diingatkan, dalam melaksanakan penjimatan, jangan lah sampai terlahir sifat bakhil. Berwaspadalah selalu agar tidak terjerumus dengan sifat kedekut yang merosakkan. Kesannya juga tidak baik untuk kehidupan dan jiwa kita, keluarga mahu pun masyarakat.
Senirahsia mengajak kita untuk terus memperbaiki kehidupan. Asalkan sesuatu perkara itu membawa manfaat, ayuh, bangkit bertindak!
