Untuk Kamu Yang Multipotentialite Miliki Banyak Minat Tetapi Selalu Hilang Fokus – Ini Cara Untuk Bangkit

Seni Menyusun Hidup Orang Serba Boleh

Kerana bila minat terlalu banyak, hati jadi letih

Bagi mereka yang memiliki banyak minat dan mampu mempelajari serta membina banyak kemahiran, saya telah menemukan sesuatu dalam pencarian saya. Saya menyedari suatu istilah yang berkait rapat dengan anda iaitu “multipotentialite”.

Ada satu golongan manusia yang jarang disebut tetapi mereka wujud di dunia ini. Mereka ini cepat belajar, cepat faham, cepat dapat idea, dan boleh buat banyak perkara dengan baik. Mereka bukan biasa- biasa, mereka miliki potensi yang pelbagai. Mereka boleh menguasai pelbagai kemahiran. Mereka mudah untuk minat kepada pelbagai perkara.

Golongan yang minat terhadap banyak perkara seperti ini sentiasa mengisi hidup mereka dengan perkara bermanfaat. Mereka sentiasa menajamkan diri mereka.

Multipotentialite adalah istilah dalam psikologi moden yang merujuk kepada individu yang mempunyai minat, bakat, dan potensi dalam pelbagai bidang berbeza. Individu ini gemar mempelajari banyak perkara berbanding tertumpu pada satu kepakaran.

  • orang serba boleh
  • banyak idea
  • mudah tertarik dengan perkara baru yang membina
  • mudah bosan
  • berwawasan
  • mudah beradaptasi
  • suka belajar

Mereka yang tergolong dalam golongan ini cenderung untuk melakukan banyak perkara. Lebih- lebih lagi jika sesuatu perkara itu bermanfaat mungkin pada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Mereka akan menyukainya.

Contohnya, seorang jurutera elektrik yang boleh menjadi pelukis, doktor yang meminati bidang nyanyian dan mampu menjadi guru vokal, arkitek yang meminati bidang penternakan, juga boleh terdiri dari golongan guru yang serba boleh.

Mereka berada pada profesyen masing- masing, dalam masa yang sama mereka memiliki nilai tambah yang bukan sekadar hobi, tetapi seakan bakat terpendam di mana bakat yang mereka miliki bukanlah kepakaran tersebut semata- mata. Bakat sebenar mereka mungkin pada keinginan dan minat mereka. Mungkin juga pada kemampuan unik mereka yang membolehkan mereka belajar dan terus belajar mengisi kekosongan ruang kemahiran dalam diri.

Walaupun begitu…..

Ada hal yang membelenggu golongan ini. Walaupun mereka miliki potensi yang berbagai-bagai, mereka kebanyakannya boleh terhalang oleh beberapa hal yang sentiasa membelenggu. Boleh dikatakan setiap kali mereka mula bertindak, hal-hal yang sama akan berulang- ulang datang mengganggu.

Akhirnya, bermula umur 20-an, sehingga mencecah 35 tahun, mereka masih tersangkut di takuk lama. Sedang rakan seperjuangan sudah mula menampakkan kejayaan, mereka masih merasakan seperti tiada perubahan dalam hidup sedangkan pola pemikiran mereka ini bukan biasa-biasa. Mereka berjiwa besar dan maju. Mereka juga pemikir yang hebat.

Namun, disebabkan hal-hal yang mereka telah terlepas pandang telah menjadi beban meruntun jiwa mereka. Sekaligus membantut usaha mereka selama bertahun-tahun.

Topik kali ini agak menarik untuk dihuraikan. Diharap pembaca di luar sana terutama mereka yang disebut multipotentialite, ayuh, teruskan membaca! Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak membantu anda kembali bangkit dengan potensi anda.

1. Kamu Bukan Lemah — Kamu Serba Boleh

Ya, serba boleh! Ini suatu kelebihan bagi mereka. Gunakan kelebihan ini dengan baik. Seperti yang saya nyatakan, mereka ini cepat belajar, cepat faham, cepat dapat idea, dan boleh buat banyak perkara dengan baik. Mereka mampu menguasai pelbagai kemahiran.

Tetapi di sebalik kelebihan itu, mereka memikul satu beban yang orang lain tidak nampak :

Mereka tidak tahu mana satu yang patut diberi tumpuan.

Akhirnya, mereka :

  • mula melakukan banyak perkara, tetapi jarang habis
  • minat bertukar setiap beberapa bulan
  • idea baru muncul sebelum idea lama matang
  • dan mereka rasa diri gagal walaupun sebenarnya berbakat.

Ini bukan masalah bakat.

Ini masalah pengurusan minat.

2. Bila Minat Terlalu Banyak, Hati Jadi letih

Orang serba boleh tidak letih kerana bekerja.

Mereka letih kerana :

  • Terlalu banyak pilihan
  • terlalu banyak potensi
  • terlalu banyak idea
  • terlalu banyak perkara yang mereka boleh buat.

Dan setiap kali mereka cuba fokus, muncul pula baru yang lebih menarik, lebih segar, lebih “wow”.

Akhirnya, mereka terperangkap dalam kitaran :

Mula > Semangat > Idea Baru > Beralih > Mula Semula

Bertahun-tahun begitu, dari umur 20-an hingga hampir 40-an. Hati mereka mula terdetik :

Kenapa aku tak capai apa-apa walaupun aku dah cuba macam- macam?”

3. Masalah Sebenar Bukan Minat Yang Banyak — Tetapi Strategi Yang Salah

Golongan multipotentialite boleh sering salah faham tentang diri mereka. Mereka fikir :

  • “Aku kena pilih satu minat sahaja.”
  • Aku kena buat semua minat serentak, sampai masa nanti selesai semua masalah.”
  • Aku kena cepat berjaya sebab aku ada bakat, macam- macam aku boleh buat.”

Masalah sebenar ialah, mereka tidak ada sistem untuk menyusun minat.

Orang serba boleh bukan semestinya tercipta untuk memilih satu. Ada kemungkinan mereka tercipta untuk menggabungkan, mengalir, dan membina susuatu yang unik. (Yang Maha Pencipta lebih mengetahui)

Tetapi untuk sampai ke tahap itu, mereka perlukan struktur.

4. Kenapa Orang Serba Boleh Selalu Tersangkut di Pertengahan Jalan.

Ada beberapa sebab utama :

  • Idea baharu lebih menggoda daripada kerja lama.
  • Mereka cepat mahir, tetapi cepat bosan.
  • Mereka tidak ada projek teras
  • Mereka tidak menamatkan kitaran pembelajaran.
  • Mereka tidak tahu membezakan minat jangka pendek dan jangka panjang.
  • Mereka tidak ada sistem memilih apa yang perlu dibuat dahulu.

Ini bukan kelemahan. Ini sifat semulajadi multipontentialite.

Tetapi sifat ini perlu diurus.

5. Seni Menyusun Hidup Orang Serba Boleh

Berikut adalah strategi yang berkesan untuk golongan multipotentialite :

A. Pilih Satu Projek Teras (Anchor Project)

Ini bukan minat utama. Ini bukan minat paling seronok. Ini adalah projek yang paling memberi pulangan atau paling membina masa depan.

Projek teras ialah :

  • Projek yang akan anda siapkan.
  • Projek yang akan anda habiskan.
  • Projek yang menjadi pusat graviti hidup anda.

Minat lain boleh wujud, tetapi projek teras mesti jalan.

B. Bezakan minat :Mana Untuk Hobi, Mana Untuk Hasil

Tidak semua minat perlu jadi duit.

Tidak semua minat perlu jadi kerjaya.

Bahagikan minat anda kepada tiga :

  • Minat untuk pendapatan
  • Minat untuk identiti diri
  • Minat untuk terapi jiwa

Bila kategori jelas, hati jadi tenang.

C. Gunakan sistem “Kitaran 90 Hari”

Orang serba boleh tidak sesuai dengan fokus jangka panjang yang terlalu ketat. Disebabkan mereka mudah tertarik dengan idea baharu yang menggoda, projek jangka panjang mereka akan terbengkalai di suatu sudut. Ini akan menjadi longgokan hari demi hari.

Bagi meringankan masalah ini,, mereka perlu fokus 1 projek selama 90 hari. lebih cepat siap lebih baik.

Cukup untuk :

  • habiskan sesuatu
  • nampak hasil
  • bina momentum
  • elakkan bosan.

Tips – Jika projek tersebut agak berat dan rumit, sentiasa permudahkan sahaja dengan memilih jalan yang lebih mudah.

Yang pasti, projek tersebut perlu siap.

Jangan terbawa-bawa dengan mencari kesempurnaan. Apa gunanya mencari sempurna jika tidak berjaya selesai?

Selepas 90 hari, mereka boleh :

  • sambung
  • ubah
  • atau tukar projek

Tanpa rasa gagal.

D. Simpan Idea Baru Dalam “Parking Lot”

Setiap kali idea baru muncul :

  • jangan terus buat
  • jangan terus tukar projek
  • tulis dalam satu tempat khas

Ini bagi mengurangkan gangguan mental. Idea itu tidak hilang — cuma ditangguhkan.

E. Habiskan Kitaran Kecil Sebelum Mula Yang Baru

Orang serba boleh tidak perlu habiskan projek besar sekaligus.

Tetapi mereka perlu habiskan :

  • satu modul
  • satu bab
  • satu fasa
  • satu versi kecil
  • satu bahagian kecil

Ini membina keyakinan dan disiplin

F. Gunakan Minat Sebagai Tenaga, Bukan Beban

Minat yang banyak bukan masalah. Ia adalah sumber tenaga.

Tenaga itu perlu disalurkan melalui :

  • Struktur
  • urutan
  • keutamaan
  • kitaran

Tenaga disalurkan membentuk struktur. Ia menjadi gambaran jelas rangka projek. Kemudian, tumpukan tenaga mengikut urutan “step by step”.

Ia membina disiplin untuk menghabiskan secara berperingkat atau berfasa. Lebih kecil lebih baik.

Maka, susunlah mengikut keutamaan agar kita tidak bazirkan tenaga membuat sesuatu yang kurang penting.

Akhirnya, ulangi proses ini yang juga menjadi kitaran sepanjang menghabiskan apa yang sudah dimulai.

Begitu juga ketika ingin memulakan projek baru.

Barulah minat menjadi kekuatan, bukan kekacauan.

6. Orang Serba Boleh Tidak Gagal — Mereka Belum Menyusun Hidup Dengan Betul

Golongan multipotentialite bukan lambat,

bukan malas,

bukan tidak fokus.

Mereka hanya :

  • belum ada sistem
  • belum ada strategi
  • belum ada projek teras
  • belum belajar menamatkan kitaran kecil

Bila sistem betul, mereka boleh jadi :

  • pencipta
  • inovator
  • pemikir
  • pembina
  • dan manusia yang sangat berpengaruh

Kerana mereka melihat dunia dari banyak sudut.

7. Kesimpulan : Bangkit Dengan Cara Yang Sesuai Dengan Diri Kamu

Untuk kamu yang serba boleh, yang banyak minat, banyak bakat, tetapi selalu terbelenggu, terbeban dan hilang fokus — Ketahuilah :

  • kamu tidak gagal
  • kamu cuma belum menyusunnya dengan baik mengikut karakter sebenar kamu

Bila minta terlalu banyak, hati memang jadi letih. Tetapi dengan strategi yang betul, minat boleh menjadi :

  • sumber kekuatan
  • sumber rezeki
  • sumber identiti
  • sumber ketenangan dan kepuasan

Bangkitlah dengan cara yang sesuai dengan diri kamu. lain orang lain caranya. Kamu cuma perlukan strategi yang sesuai diri kamu.

Dengan cara yang betul, kamu tiada tolok bandingnya.

Jika sekarang kamu berada dalam keadaan hilang fokus, tidak mengapa. Ia hanya seketika jika kamu sudah menyedarinya.

Anggaplah ia sebagai ruangan untuk kamu berehat seketika. Lalu bangkitlah dengan nafas dan semangat baru yang lebih segar dan berevolusi.

Kembali dengan kekuatan dan keyakinan yang lebih tinggi dari sebelumnya. Yakinkan diri, tamatkan setiap perkara yang dilakukan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *